Connect with us

Terkini

Sentimen kebencian kepada etnik Rohingya membimbangkan – MACSA

Perikatan Masyarakat Sivil dalam Proses Semakan Sejagat Malaysia (MACSA) menyuarakan kebimbangan dalam perdebatan berhubung isu mengimbangi hak kedaulatan negara Malaysia dan tanggungjawab negara terhadap pelarian membabitkan etnik kumpulan Rohingya.

Menurut MACSA, ada keperluan yang mendesak untuk rakyat memahami apa yang sebenarnya berlaku supaya tidak timbul kebencian melulu berdasarkan berita palsu.

Pertama, kerisauan akibat terlalu ramai kaum Rohingnya adalah kebimbangan yang munasabah dan perlu diakui oleh semua.

Malangnya, pelbagai andaian yang tidak benar dan ekstrem diambil oleh sebahagian masyarakat akibat kurang jelas tentang polisi dan tindakan kerajaan menanganinya selama ini.

Loading…

Oleh itu, kerajaan perlu memperjelaskan polisi dan tindakan yang diambil berkenaan dengan pelarian Rohingya agar dapat menghuraikan bahawa polisi Malaysia bukan memberikan kerakyatan dan mahu mereka pulang ke negara asal mereka pada akhirnya.

Advertisement

”Dalam perkara ini, kerajaan berpegang kepada prinsip non refoulement di bawah undang-undang antarabangsa, yang mana mereka ini akan dipulangkan apabila keadaan mereka selamat dan terma-terma penghantaran balik dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Rakyat juga perlu tahu proses ini akan mengambil masa yang lama.

”Selain itu, kerajaan juga harus menerangkan bahawa Malaysia telah lama berusaha menempatkan pelarian Rohingya di negara lain dan telah mengambil beberapa tindakan untuk mendesak pematuhan dari Myanmar. Sementara menanti dipulangkan, kita perlukan satu dasar efektif untuk mereka yang berada di sini,” katanya di sini.

MACSA mengakui beberapa insiden yang menunjukkan sesetengah pelarian Rohingya tidak mengamal kebersihan yang baik dan ada yang berseteru terhadap rakyat Malaysia.

Namun, meskipun wujud dalam kalangan pelarian Rohingya yang berkelakuan sedemikian, ia tidak mewajarkan prejudis menyeluruh digunapakai ke atas semua kaum Rohingnya.

Dalam pada rakyat dunia bermati-matian memerangi Covid-19 tetapi wabak kebencian ini tidak seharusnya diberikan tempat untuk menular di hati-hati rakyat Malaysia.

Untuk menyelesaikan masalah ini selain dari penguatkuasaan, MACSA berpendapat rakyat Malaysia harus mengambil maklum bahawa etnik Rohingnya ini daif, miskin dan tidak berpelajaran.

Jadi pembudayaan termasuk amalan kebersihan amatlah berbeza daripada rakyat Malaysia, justeru jurang pembudayaan akibat kemiskinan ini tidak wajar dijadikan galas untuk meneruskan prejudis yang kuat.

Advertisement

”Apa yang harus dilakukan adalah mengiktiraf aduan rakyat Malaysia yang sah ini dengan meningkatkan tahap pembudayaan kaum Rohingnya untuk mendekati tahap pembudayaan rakyat Malaysia sendiri.

”Kita memerlukan badan-badan yang mewakili pelarian Rohingnya untuk sama membantu, bukan sahaja perlu menumpukan kepada pemberian bantuan kemanusian tetapi juga merapatkan jurang pembudayaan sosial di antara kita.

”Untuk langkah jangka masa panjang, pembudayaan ini hanya dapat diterapkan melalui pendidikan. Dengan ini diharapkan, kita dapat duduk bersama dengan aman,” ujarnya.

Sehubungan itu, MACSA menggesa segala tutur cara kebencian tidak berasas dihentikan segera terutama penularan perkara palsu bertujuan untuk memupuk kebencian. – MalaysiaGazette

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel