Connect with us

Mahkamah

Anak Najib fail permohonan gantung prosiding saman cukai

Nooryana Najwa, anak perempuan bekas perdana Najib Razak, telah memfailkan permohonan penggantungan prosiding saman oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang menuntut pembayaran cukai pendapatan berjumlah RM10.3 juta bagi tahun taksiran 2011 hingga 2017.

Permohonan penggantungan akan didengar pada 14 Mei ini di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Che Mohd Ruzima Ghazali.

Nooryana Najwa membuat permohonan tersebut sementara menunggu rayuannya terhadap penilaian pentaksiran semula cukai LHDN selesai.

Berdasarkan maklumat dalam laman web mahkamah, permohonan itu sepatutnya didengar 13 April lalu tetapi tarikh tersebut dianjakkan kepada 14 Mei susulan pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Loading…

Mahkamah turut menetapkan hari yang sama untuk mendengar permohonan LHDN untuk mendapatkan penghakiman terus terhadap saman tersebut.

Advertisement

Penghakiman terus ialah di mana mahkamah memutuskan sesuatu kes melalui hujahan tanpa mendengar keterangan saksi.

LHDN yang bertindak selaku plaintif memfailkan writ saman dan penyataan tuntutan pada 24 Julai tahun lalu dengan menamakan Nooryana Najwa, 32, selaku defendan.

Dalam pernyataan tuntutan, LHDN, berkata, Nooryana Najwa gagal mengemukakan Borang Nyata Orang Perseorangan mengikut Seksyen 77 Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi Tahun Taksiran 2011 sehingga 2017.

LHDN mendakwa sehingga kini defendan masih gagal membayar amaun cukai pendapatan yang masih terhutang termasuk dengan kenaikan yang kesemuanya berjumlah RM10,335,292.36.

Justeru, LHDN menuntut daripada defendan jumlah RM10,335, 292.36, faedah atas jumlah RM10,335, 292.36 pada kadar lima peratus setahun dari tarikh penghakiman sehingga tarikh realisasi, kos dan lain-lain relif yang disifatkan sesuai oleh mahkamah.

Advertisement

– Bernama

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel