Connect with us

Pilihan Editor

Kes kluster Itali di Sarawak, kematian 5 sekeluarga akhirnya dirungkai berpunca dari ‘officemate’

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah melaporkan lima kematian akibat Covid-19 di Sarawak dipercayai berpunca daripada rakyat Malaysia yang baru balik dari melancong ke Itali.

Dalam pada itu, salah seorang ahli keluarga mangsa, Sharifah Huzaimah War Al-Edruce tampil menceritakan secara kronologi apa sebenarnya yang berlaku ke atas keluarganya.

Kronologi kluster 4 (Kampung Patinggan)

Pada 18 Mac 2020, nenek saudara Sharifah Huzaimah yang dipanggil Nek Usu Kayah  telah meninggal dunia. Anak lelaki dan perempuan Nek Usu Kayah pula dikejarkan ke hospital akibat demam panas dan sesak nafas.

Loading…

Pada 20 Mac 2020, dua anak Nek Usu Kayah telah disahkan positif Covid-19 dan pada malam itu, ujian saringan Nek Usu Kayah juga disahkan positif.

Advertisement

Kawan office baru balik dari Itali

Seorang demi seorang ahli keluarga Sharifah Huzaimah ditahan di hospital selepas disahkan positif Covid-19 termasuk ibu dan bapanya sendiri.

Sharifah Huzaimah diberitahu salah seorang anak perempuan Nek Usu dijangkiti daripada salah seorang rakan pejabatnya yang baru pulang dari Itali.

Suspek dikatakan enggan menjalani ‘self-quarantine’ dan datang bekerja seperti biasa.

Pada 27 Mac 2020, hampir 25 ahli keluarganya positif Covid-19.

Mudahan Abah dapat survive

Bapa Sharifah Huzaimah masih berada di ICU manakala ibunya sudah semakin pulih. Beliau berharap agar semua ahli keluarganya pulih dan mereka dapat menyambut Ramadan dengan gembira.

Advertisement

5 ahli keluarga kami menemui Ilahi

Ini pula merupakan perkongsian foto ahli keluarga yang menjadi mangsa Covid-19 di Sarawak itu. Walaubagaimanapun, ahli keluarga yang lain redha akan takdir yang dihadapi mereka ini.

Mereka juga adalah mangsa

Kes kluster yang berlaku di Kuching, Sarawak itu telah meragut lima nyawa ahli keluarga ini. Mereka adalah mangsa kepada rakan sekerja yang baru pulang melancong dari Itali. Secara tidak sedar, virus itu telah menular dan berjangkit kepada rakan sekerja yang lain.

Menurut laporan BH Online, Ketua Pengarah Kesihatan melaporkan seramai 37 orang dijangkiti dipercayai berpunca daripada pesakit ke-1,580 itu yang baru pulang dari Itali. Kluster tersebut berpunca daripada ‘kes import’ yang sebelum ini dibimbangi bakal mencetuskan gelombang baru.

Sumber: Dzulkarnain ZulkipliSharifah Huzaimah War Al-Edruce

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel