Connect with us

Berita Lain

Lebih 100 bekas pesakit Covid-19 di Korea Selatan dilapor kembali positif

Korea Selatan melaporkan pada Isnin sekurang-kurangnya 116 pesakit yang mulanya pulih daripada koronavirus diuji positif semula, walaupun negara itu dilihat akan meringankan peraturan ketat yang bertujuan mencegah penularan baru wabak itu tidak lama lagi.

Korea Selatan melaporkan hanya 25 kes baru hari ini, namun peningkatan jumlah pesakit yang “diaktifkan semula” menimbulkan kebimbangan berikutan negara itu berusaha untuk menghapuskan jangkitan.

Pihak berkuasa masih menyiasat punca jangkitan yang jelas berbalik semula.

Jeong Eun-kyeong, pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KCDC), berkata virus itu mungkin diaktifkan semula daripada pesakit yang dijangkiti semula. !– Composite Start –>

Loading…

Pakar lain mengatakan ujian yang tidak betul mungkin memainkan peranan, atau sisa-sisa virus mungkin masih terdapat dalam sistem pesakit, tetapi ia tidak menular atau membahayakan pesakit terbabit atau orang lain.

Advertisement

116 kes itu lebih 2 kali ganda daripada 51 kes sama yang dilaporkan di Korea Selatan seminggu sebelumnya.

Korea Selatan merancang untuk menghantar 600,000 kit ujian koronavirus ke Amerika Syarikat (AS) pada Selasa bagi memenuhi permintaan Presiden AS Donald Trump, kata seorang pegawai Seoul kepada Reuters.

Sementara itu, pemimpin kerajaan menggesa rakyat Korea Selatan terus mematuhi garis panduan dan sekatan terhadap perhimpunan sosial, tetapi membayangkan langkah sedemikian akan dilonggarkan tidak lama lagi.

Korea Selatan meminta rakyatnya supaya mematuhi penjarakan sosial yang ketat sehingga 19 April, tetapi berikutan kes menurun dan keadaan bertambah baik, semakin ramai orang yang melanggar garis panduan itu.

Ketika mesyuarat pengurusan bencana pada Isnin, Perdana Menteri Chung Sye-kyun berkata, kerajaan akan segera mengkaji melonggarkan garis panduan, yang mengarahkan orang ramai duduk di rumah, mengelakkan sebarang jenis perhimpunan sosial dan hanya keluar untuk perkara yang penting.

“Pada minggu ini, kami merancang untuk mengkaji semula kempen penjarakan sosial intensif yang dilaksanakan setakat ini dan membincangkan sama ada kami akan beralih kepada langkah keselamatan rutin,” katanya.

Advertisement

Sesetengah kerajaan tempatan melaksanakan langkah yang lebih ketat, termasuk menutup bar dan kelab malam, mengharamkan perhimpunan besar dan dan mengehadkan perkhidmatan gereja.

Chung mengingatkan bahawa walaupun sekatan itu dilonggarkan, negara terbabit tidak akan kembali kepada kehidupan seperti sebelum penularan wabak itu.

“Kami memerlukan pendekatan yang sangat berhati-hati kerana sebarang tindakan pramatang melonggarkan penjarakan sosial boleh mendatangkan akibat yang tidak dapat dipulihkan, dan perlu memikirkan secara mendalam tentang bila dan bagaimana kita beralih kepada sistem baru,” katanya.

Sumber: FMT

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel