Connect with us

Mahkamah

Lelaki ‘kantoi’ menyamar jadi tentera dipenjara dua bulan

Seorang lelaki yang tular di media sosial kerana menyamar sebagai anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan memakai separuh pakaian seragam tentera untuk melepasi sekatan jalan raya sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijatuhi hukuman penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Wong Chai Sia menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Khidzir Hang Jebat, 28, selepas dia mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan jurubahasa.

Loading…

Bagi kesalahan ingkar PKP, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara sebulan manakala penjara dua bulan bagi pertuduhan  menyamar dan memerintahkan kedua-dua hukuman berjalan serentak bermula dari tarikh tangkapnya pada Selasa lepas.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa bergerak dari Kondominium Mutiara ke Batu 2 ½ di sini, yang merupakan kawasan jangkitan tanpa tujuan yang diperuntukkan mengikut Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 di sekatan jalan raya Batu 2 ½, pada 3 petang, 21 April.

Pendakwaan mengikut Peraturan 11(1) peraturan sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya.

Advertisement

Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu didakwa dengan niat untuk menyamar sebagai anggota ATM dengan memakai pakaian separuh seragam anggota tentera di tempat dan masa sama mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya Najihah Farhana Che Awang memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran terhadap tertuduh mengambil kira kepentingan awam.

“Perbuatan menyamar sebagai petugas barisan hadapan adalah tidak bertanggungjawab dan tidak bermoral ketika kerajaan sedang berusaha untuk membendung Covid-19,” katanya.

Lelaki itu yang tidak diwakili peguam merayu hukuman penjara dan berjalan serentak bagi kedua-dua pertuduhan yang dihadapinya.

Semalam, tular di media sosial Facebook seorang lelaki berpakaian separuh celoreng ditahan di satu sekatan jalan raya PKP di Cheras dan mengaku dirinya tentera namun ketika ditanya, dia gagal menunjukkan kad MyTentera miliknya. – Bernama 

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel