Connect with us

Jenayah

Lelaki terima padah fitnah polis ‘rehat, lepak’ di Pantai Chenang

Tindakan seorang lelaki mengeluarkan kata-kata berbaur fitnah dan menghina polis di Facebook mengundang padah apabila ditahan di Langkawi, semalam.

Ketua Polis Daerah Langkawi Supt Mohd Iqbal Ibrahim dalam satu kenyataan berkata lelaki berumur 51 tahun itu ditahan di perkarangan Balai Polis Padang Matsirat pada 3.10 petang semalam.

“Lelaki itu telah memuat naik status dan gambar di Facebook kononnya anggota daripada Unit Polis Pelancong Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi yang melaksanakan tugas pemantauan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang rehat dan lepak di sebuah gerai di Pantai Chenang.

Loading…

“Dakwaan lelaki itu tidak berasas kerana semasa gambar itu dirakam, anggota terlibat sedang duduk makan tengah hari setelah tiga jam melakukan rondaan dan berjalan kaki di kawasan pantai itu,” katanya.

Mohd Iqbal berkata suspek juga didapati melanggar perintah PKP dengan berada di tempat berkenaan tanpa alasan munasabah.

Advertisement

“Suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 500 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 serta Peraturan 7(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan Tempatan Jangkitan) 2020,” katanya.

– Bernama

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel