Connect with us

Mahkamah

Timbalan Menteri, Exco Perak didenda RM1,000 ingkar PKP

TIMBALAN Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi dan Exco kerajaan negeri Perak Razman Zakaria masing-masing didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Grik, hari ini kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sebelum ini, gambar Dr Noor Azmi bersama Razman dan beberapa individu lain tular di media sosial menghadiri jamuan di sebuah maahad tahfiz di Lenggong ketika PKP bagi mengekang penularan Covid-19 dilaksanakan.

Difahamkan, beliau ketika itu membuat lawatan rasmi ke Klinik Kesihatan Lenggong untuk meninjau situasi semasa petugas kesihatan bagi menangani wabak Covid-19.

Loading…

Memetik Harian Metro lagi, hantaran gambar di akaun rasmi Facebook Dr Noor Azmi kemudian dipadamkan selepas warganet mendakwa mereka melanggar PKP.

Razman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol turut membuat hantaran gambar di akaun Facebook miliknya memaklumkan mereka menjamu hidangan kampung.

Bagaimanapun, kedua-dua individu terbabit kemudian memohon maaf di atas perbuatan mereka.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel