Connect with us

Mahkamah

Wanita maki polis ‘idiot’ masa Ops Covid-19 kena dakwa

Seorang pengurus jualan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini selepas mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota polis dan menghalang penjawat awam pada 31 Mac lalu.

Memetik laporan Harian Metro, tertuduh, Tong Poh Kim, 44, bagaimanapun tidak mengaku bersalah atas dua pertuduhan berkenaan yang dibacakan di hadapan Majistret Nurshahira Abdul Halim.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil-Kecil 1955 kerana mengucapkan perkataan tidak sopan kepada penjawat awam sewaktu sekatan jalan raya Op Covid-19 penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Persiaran Surian, Jalan Damansara-Kota Damansara pada 31 Mac, jam 9.40 pagi.

Loading…

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh di Jalan Persiaran Surian menghala masuk ke Pelangi Damansara didapati berkelakuan kurang sopan terhadap anggota polis bernama Koperal Izuan Hasim Nor Hamzah dengan berkata ‘idiot’ dan jika disabitkan kesalahan tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM100.

Manakala pertuduhan kedua, wanita itu didakwa pada hari, masa dan tempat yang sama dengan sengaja menghalang penjawat awam iaitu polis Korporal Izuan Hasim Nor Hamzah daripada menjalankan tugas-tugas dengan fungsi jawatannya dan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun dan denda RM10,000 atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Advertisement

Tertuduh diwakili peguam, Datuk Suraj Singh bagaimanapun tidak mengaku bersalah dan memohon dibicarakan.

Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Firdaous Mohamed Idris mencadangkan supaya tertuduh dibenarkan wang jamin RM1,000.

Bagaimanapun peguam bela, Suraj Singh meminta mahkamah supaya mengurangkan jumlah wang jaminan seringan-ringannya kerana tertuduh bekerja dengan berpendapatan RM2,000 saja.

Nurshahira membenarkan tertuduh dijamin sebanyak RM1,000 untuk pertuduhan pertama dan RM3,000 untuk pertuduhan kedua dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 Mei 2020 sebagai tarikh serahan dokumen kes dan sebutan semula.

Terdahulu seorang wanita ditahan selepas memaki hamun anggota polis yang menjalankan sekatan jalan raya di Kota Damansara, Petaling Jaya, pada Selasa.

Advertisement

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, mereka membuat sekatan jalan raya kerana masih ramai yang memandu jauh dari rumah mereka untuk membeli barang keperluan.

Beliau berkata, mereka menahan seorang wanita dalam lingkungan 30-an selepas menengking pada polis semasa melalui sekatan jalan raya.

“Dia jerit ‘you are all idiots!‘. Kami mungkin ‘idiot’, tapi kami fikirkan keselamatan anda.

“Kami tahan dia dan bawa dia ke ibu pejabat polis Petaling Jaya untuk siasatan lanjut,” katanya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel