Connect with us

Terkini

Gara-gara mahu pulang ke kampung, pasangan suami isteri di Indonesia ini ‘sumbat’ kereta dalam lori

Oleh kerana kesungguhan untuk pulang ke kampung halaman, kejadian ini terjadi pada Ahad kira-kira 1 petang di Kota Semarang, Jawa Tengah.

Sepasang suami isteri telah menggunakan khidmat sebuah lori untuk mengangkut kenderaan mereka. Pada masa yang sama, mereka berdua duduk di sebelah pemandu lori berkenaan.

Mengikut perancangan asal, pasangan suami isteri itu mahu menyeberang dari Pelabuhan Merak ke Pelabuhan Bakauheni.

Menurut pegawai trafik Cilegon, Ali Rahman Cipta Perwira, pemeriksaan ke atas lori yang ditutup kanvas itu dilakukan semasa sekatan jalan raya di Pelabuhan Merak.

“Petugas menemukan lori itu membawa kenderaan untuk ke Lampung dan mengarahkan pemandunya berpatah balik,” kata Ali.

Advertisement

Loading…

Siasatan mendapati pasangan suami isteri itu membelanjakan dua juta rupiah (kira-kira RM572) untuk menyembunyikan kereta mereka.

Untuk rekod, sejak seminggu lalu, Pelabuhan Merak tidak membenarkan penumpang menyeberang kecuali kenderaan logistik, ubat, van jenazah atau ambulans.

blank

Sebelum ini, Presiden Joko Widodo juga telah mengumumkan larangan mudik bagi memutuskan rantaian penyebaran virus COVID-19.

Larangan kenderaan bermotor itu berlangsung hingga 31 Mei, untuk kereta api pula hingga 15 Jun, pengangkutan laut hingga 8 Jun dan penerbangan sehingga 1 Jun.

Setakat ini Indonesia mencatatkan 11,587 kes positif COVID-19 dan 864 angka korban.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel