Connect with us

Terkini

Ismail Kamus sudah 10 hari di ICU HKL

Tokoh pendakwah bebas Datuk Ismail Kamus kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung dan strok ringan, serta jangkitan kuman di paru-paru.

Menurut Exco Penerangan Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia, Abdul Hadi Jusoh, veteran Pas itu dimasukkan ke wad sejak 26 April disebabkan keadaaan kesihatan yang agak lemah.

“Buat masa ini Tuan Guru masih berada dalam keadaan lemah dan sedang melalui proses rawatan serta pemantauan di ICU, Hospital Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia.

Abdul Hadi turut mengajak seluruh umat Islam agar mendoakan kesihatan Ismail agar beliau dapat terus berbakti pada masyarakat.

Loading…

Ismail, 72, yang merupakan pengasas dan penasihat Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia pernah menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) pada 9 Mei tahun lalu.

Advertisement

Beliau merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia dan pernah memegang jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel