Connect with us

Terkini

Polis berkas 11 pekerja asing lari lepas jalani ujian saringan Covid-19

Seramai 11 individu daripada 145 warga asing yang melarikan diri selepas menjalani ujian saringan wabak Covid-19 di tapak pembinaan Pavilion Embassy, Jalan Ampang di Kuala Lumpur, kelmarin, ditahan polis.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Huzir Mohamed berkata, lima daripadanya berjaya ditahan hari ini manakala enam lagi ditahan semalam

Katanya buat masa ini, pihaknya sedang mengesan saki-baki pekerja warga asing yang melarikan diri itu.

“Kesemua yang melarikan diri itu adalah antara lebih 300 pekerja tapak pembinaan berkenaan yang disaring selepas ada rakan sekerja yang didapati positif wabak berkenaan.

Loading…

“Bagaimanapun kami dimaklumkan bahawa keputusan ujian kesemua 145 pekerja itu adalah negatif Covid-19,” katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman hari ini.

Advertisement

Sebelum ini, sebuah portal berita tempatan melaporkan 145 pekerja warga asing melarikan diri, selepas pasukan perubatan melakukan saringan Covid-19, di kawasan tapak pembinaan itu.

Dalam pada itu Huzir berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian sembilan warga asing terdiri daripada enam lelaki Indonesia dan tiga Bangladesh, yang melarikan diri dari sebuah pusat kuarantin di Petaling Jaya, kelmarin.

“Usaha mengesan mereka sedang dijalankan,” katanya.

Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel