Categories: Terkini

Curi bekalan elektrik? Ini penjelasan pihak Jakel

Jakel menafikan menggunakan bekalan elektrik daripada pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) tanpa kebenaran pihak utiliti berkenaan di khemah di Seksyen 7 di sini.

Pengarah Jakel Shah Alam, Mohamed Izani Mohamed Jakel berkata, pihaknya mempunyai meter yang sah dan menafikan dakwaan berlaku kecurian elektrik.

“Pihak Jakel Shah Alam mempunyai meter yang sah dan kita bayar bil kepada pihak TNB setiap bulan tanpa gagal, saya percaya berlaku salah faham berkaitan perkara ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Berhubung khemah didirikan yang didakwa tidak mempunyai kebenaran pihak berkuasa, Mohamed Izani menjelaskan khemah itu bukan milik pihaknya.

Loading…

“Khemah tersebut milik sebuah syarikat yang berpangkalan di Johor Bharu, permit untuk menyambung tak dapat ditambah pula dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jadi pihak kontraktor tak sempat untuk runtuhkannya,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang mendakwa struktur elektrik tanpa kebenaran di lokasi itu menggunapakai pencawang elektrik TNB tanpa kebenaran agensi tersebut.

Pengarah Akaun Jakel, Mohd Redza Hamdan menunjukkan bil elektrik yg mengesahkan Jakel mendapat bekalan letrik secara sah dan bukan seperti yg dinyatakan dalam FB MBSA

Bagaimanapun kenyataan yang dimuat naik Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Facebook rasminya diubahsuai beberapa jam kemudian.

Dalam pada itu Jakel turut menafikan struktur elektrik dibina tidak mengikut spesifikasi dan boleh mengundang bahaya.

Katanya, struktur elektrik berkenaan dibuat mengikut spesifikasi dibenarkan.

“Struktur berkenaan dibina ikut spesifikasi dan dibenarkan beroperasi oleh TNB,” katanya.

Advertisement

Terdahulu, MBSA menjalankan operasi perobohan struktur khemah tanpa kebenaran milik syarikat Jakel di Seksyen 7 hari ini.

Menurutnya kenyataan daripada MBSA, operasi tersebut dilakukan oleh kakitangan pelbagai Jabatan MBSA.

“MBSA telah mendapati struktur elektrik dibina tidak mengikut spesifikasi dan boleh mengundang bahaya,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Faisal Halim Alami Kecederaan Disimbah Asid

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Pemain sayap Selangor FC Faisal Halim menjadi mangsa simbahan asid yang… Read More

14 hours ago

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

18 hours ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

23 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

2 days ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

2 days ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

3 days ago