Dua ADUN PKR umum keluar parti, kerajaan Kedah tumbang

0
5505
Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir - Pix by Malay Mail / Hari Anggara.

Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah dari PKR hari ini mengisytiharkan keluar parti untuk menjadi ADUN Bebas, dan menyatakan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN).

Mereka adalah ADUN Lunas Azman Nasrudin, dan ADUN Sidam Dr Robert Ling Kui Ee.

Susulan pengumuman kedua-dua wakil rakyat itu, kerajaan negeri di bawah pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pakatan Harapan (PH) yang diterajui Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, hilang majoriti hari ini.


Loading…

Tindakan Azman dan Ling itu menyaksikan kedudukan kerusi PH dan Bersatu dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah berkurangan kepada 17 berbanding 19 sebelum ini.

Sementara PAS dan UMNO, yang sebelum ini memiliki 17 kerusi (PAS-15, UMNO-2) dijangka menubuhkan kerajaan negeri baharu dengan sokongan dua wakil rakyat tersebut, dengan majoriti mudah 19 kerusi.

— BERNAMA

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...