Connect with us

Terkini

Khabib Nurmagomedov dedahkan 20 ahli keluarganya kini positif COVID-19

Khabib Nurmagomedov mendedahkan 20 ahli keluarganya dijangkiti COVID-19 dengan bapanya, Abdulmanap masih di hospital dalam keadaan yang ‘sangat serius.’

Juara Lightweight UFC itu dikejutkan minggu lalu apabila bapanya dikejarkan ke hospital di Moscow selepas mengalami komplikasi jantung akibat virus terbabit.

Menerusi Instagram malam tadi, Khabib mengesahkan Abdulmanap masih berada dalam keadaan serius dan berkata ‘virus ini menjejaskan jantungnya kerana dia menjalani pembedahan jantung tahun lalu.’

“Dia mengalami pembedahan sekali lagi dan berada dalam situasi yang begitu sukar. Kami berdoa supaya Allah dapat menyembuhkan dia.

Loading…

“Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan. Semoga Allah membantu kita semua.”

Advertisement

Khabib yang berada di Dagestan ketika ini menyaksikan sendiri betapa bahayanya virus terbabit dan The Eagle berkata ‘secara peribadinya, lebih 20 ahli keluarga saya jatuh sakit kerana virus ini.

“Lebih 20 orang terbaring di Unit Rawatan Rapi (ICU). Ada yang tidak lagi bersama kami. Ramai kenalan yang meninggal dunia termasuklah ibu bapa saudara terdekat saya.

“Semua orang berdepan detik sukar untuk menghadapi perkara ini. Virus ini menjejaskan semua orang.

“Ia tidak bertanya siapa nama kamu, di mana kamu bekerja dan sama ada kamu kaya ataupun miskin. Kita perlu bersama sama untuk mengatasinya,” katanya. -Agensi

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel