Connect with us

Jenayah

Lima individu ditahan terbabit palsukan sijil lahir bayi

ARAU: Polis menahan lima individu termasuk pasangan suami isteri kerana terbabit dalam pemalsuan dokumen kelahiran dan pemindahan milikan terhadap seorang bayi lelaki berusia tiga bulan pada 5 Mei lalu, di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Nanda Maarof, berkata turut ditahan semalam adalah ibu bayi berkenaan yang berusia 30 tahun dan lelaki berusia 62 tahun disyaki sebagai orang tengah dalam membantu pasangan berusia 37 dan 36 tahun itu mendapatkan bayi berkenaan untuk dijaga.

Katanya, dalam kejadian jam 3.50 petang hari kejadian, pihaknya menerima laporan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), berikutan seorang bayi tiada bersama ibunya di rumah mereka sewaktu jururawat hadir bagi menjalankan rawatan berkala terhadap mangsa.

Loading…

“Pada mulanya suspek enggan memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa sebelum dia mengaku bahawa bayi terbabit sudah diserahkan kepada ibu saudaranya untuk dijadikan sebagai anak angkat kepada sepasang suami isteri dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

“Bagaimanapun, sewaktu pihak polis menahan pasangan suami isteri terbabit di rumah mereka, pihak kami mendapati pasangan itu telah memalsukan pendaftaran bayi terbabit dengan mendaftarkan sebagai anak kandung mereka,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Advertisement

Nanda berkata, hasil pemeriksaan awal ke atas ibu dan bapa angkat bayi terbabit mendapati mereka sudah membayar sejumlah wang kepada ibu saudara suspek pada Februari lalu.

“Mereka membayar sebanyak RM26,000 kepada ibu saudara suspek sebelum RM10,000 daripada jumlah itu diserahkan kepada suspek.

“Pihak polis melihat terdapat unsur penipuan dan pemalsuan, khususnya membabitkan pendaftaran bayi itu.

“Polis turut menahan ibu saudara suspek yang disyaki turut bertindak sebagai orang tengah antara keluarga mangsa dan pasangan suami isteri terbabit,” katanya.

Nanda berkata kelima mereka direman sehingga esok bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 48(2) Akta Kanak-kanak 2001. – BH Online

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel