Connect with us

Terkini

Padah dua kali panggil polis ‘sial’ kerana disaman, pemandu lori ditahan

KANGAR — Seorang pemandu lori ditahan selepas mengeluarkan kata-kata kesat kepada seorang anggota polis trafik ketika disaman akibat melanggar lampu isyarat merah di Jalan Kangar-Padang Besar berhampiran Kampung Salang dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kangar, Supt Wari Kiew berkata lelaki berusia 37 tahun dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu melakukan kesalahan tersebut kira-kira 12.20 tengah hari.

“Pemandu tersebut mengeluarkan kata kesat ‘polis sial’ dan mengulanginya sebanyak dua kali kepada anggota polis trafik yang sedang menjalankan tugas,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.


Loading…

Beliau berkata kejadian tersebut turut didengari oleh seorang lagi anggota polis trafik yang bertugas ketika itu.

Katanya suspek bertindak beredar setelah saman dikeluarkan dan kemudiannya ditahan di Kilometer 5, Jalan Kangar-Padang Besar dan dibawa ke Balai Polis Beseri untuk siasatan lanjut.

Wari berkata suspek direman selama satu hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana mengeluarkan kata-kata kesat. – Bernama

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel