Connect with us

Terkini

Pasar mini kotor warga asing ditutup

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur menutup sebuah pasar mini di Sentul, hari ini kerana dikendalikan warga asing dengan ruang niaga kotor.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Dahlan berkata, serbuan jam 4.50 petang itu dilakukan selepas menerima aduan dan siasatan dijalankan.

Menurutnya, perniagaan dikendalikan oleh warga asing dan menjalankan penyembelihan ayam dan ikan di ruang belakang premis dengan keadaan sangat kotor.

“Susulan itu, tindakan tutup premis dan menampal notis tutup premis dan dililit dengan pita keselamatan,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Loading…

Terdahulu, DBKL berikrar untuk menguatkuasakan Undang-undang Kecil (UUK) sedia ada, bagi memastikan tiada warga asing terlibat dalam sektor penjajaan.

Advertisement

Nor Hisham dalam satu kenyataan turut menegaskan, tindakan penguatkuasaan itu turut melibatkan lain-lain agensi yang terbabit seperti Jabatan Imigresen Malaysia.

“Kebanjiran para peniaga warga asing khususnya di sektor Tred, Perniagaan & Industri dan Penjajaan, telah memberi impak yang tidak baik kepada para peniaga tempatan, serta mencemarkan imej bandar raya Kuala Lumpur,” katanya.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel