Connect with us

Jenayah

Pemandu Myvi lawan arus, sebabkan kematian ditahan polis

Pemandu kereta Perodua Myvi yang melawan arus hingga menyebabkan seorang penunggang motosikal maut di susur masuk ke Jambatan Pulau Pinang, Jumaat lalu ditahan polis, semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, berkata lelaki berusia 35 tahun itu datang menyerah diri di Balai Polis Trafik Bukit Mertajam pada 5 petang bagi membantu siasatan.

Shafee berkata, pemandu yang menetap di Kepala Batas, dekat sini mendakwa dia memandu melawan arus kerana menyangka laluan itu adalah jalan dua hala.

“Ujian saringan air kencing dan alkohol yang dilakukan ke atas lelaki itu mendapati dia bebas daripada bahan terlarang itu bahkan turut mendakwa dia tidak mabuk ketika kemalangan terbabit.

Loading…

“Lelaki berkenaan kini direman hingga Selasa ini bagi membantu siasatan kemalangan itu,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 10.35 pagi itu, kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu individu tidak dikenali merempuh dua motosikal di laluan berkenaan.

Advertisement

Akibat kemalangan itu, seorang penunggang motosikal, Muhamad Hafiz Bakri, 31 meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi mangsa, Lim Kar Tian, 34 patah kaki kiri.

Shafee berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian.

Sumber: BH Online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel