Categories: Terkini

Ahli Armada ditahan kes kehilangan wang Syed Saddiq

KUALA LUMPUR – Seorang ahli Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang bertindak sebagai bendahari sebuah pertubuhan belia ditahan, semalam bagi membantu siasatan berhubung kes kehilangan wang milik bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Norazlan Mohd Razali berkata, lelaki berusia 27 tahun itu ditahan di ibu pejabat SPRM selepas hadir memberi keterangan kes tersebut.

Loading…

“Dia direman selama empat hari bermula hari ini sehingga Isnin bagi membantu siasatan kes itu,” katanya.

Pada 3 Jun, seorang pemimpin Armada ditahan SPRM bagi membantu siasatan kes yang sama.

Advertisement

Sebelum ini, media tempatan melaporkan kehilangan wang lebih RM200,000 dari kediaman Syed Saddiq dan susulan itu, SPRM membuka kertas siasatan menyiasat kes itu pada Mac lepas.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, SPRM membuat laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook ‘Ulya Husamudin’ berhubung hantaran mendakwa SPRM menyiasat beberapa exco Armada bermotifkan politik.

Norazlan berkata, laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Putrajaya hari ini terhadap penama akaun Facebook berkenaan.

Beliau berkata, penama akaun Facebook itu telah membuat pertuduhan liar menyatakan SPRM menahan empat ahli Armada iaitu Adam Mukhriz, Hannan Khairy, Redzuan Shafi dan Daniel Khusairi yang dikatakan telah dibuat tanpa mengikut prosedur dan undang-undang.

“Ini merupakan suatu tohmahan berbaur fitnah dan saya sekali lagi ingin menegaskan bahawa siasatan SPRM bukan bermotifkan politik tetapi berkaitan kes kehilangan wang seorang pemimpin Armada serta penyelewengan dalam akaun Armada.

“Sekali lagi saya menegaskan bahawa siasatan ini bukan bermotifkan politik dan berharap semua pihak menghentikan sebarang bentuk spekulasi dan memberikan kerjasama kepada SPRM untuk melengkapkan siasatan,” katanya. – Bernama

Advertisement

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

4 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

5 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

1 day ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

2 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago