Categories: Terkini

Tukang gunting rambut positif Covid-19, 40 kontak rapat dikesan

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengesahkan seorang tukang gunting rambut warga Pakistan yang berkerja di Kuala Lumpur dijangkiti Covid-19, semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Pejabat Kesihatan Titiwangsa menerima satu notifikasi Covid-19 daripada hospital swasta mengenai kes itu, semalam.

Loading…

“Kes membabitkan lelaki warga Pakistan yang bekerja sebagai tukang gunting rambut di sebuah kedai gunting rambut di Kuala Lumpur, hasil siasatan awal kedai gunting rambut itu tidak beroperasi sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) pertama iaitu pada 18 Mac.

“Namun, beliau terus memberi khidmat menggunting rambut dari rumah ke rumah atas permintaan pelanggan di kawasan sekitar,” katanya pada sidang media berkaitan Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Advertisement

Beliau berkata, jumlah kontak rapat yang dikenal pasti adalah seramai 40 orang dan mereka telah disaring serta diarah menjalani kuarantin di rumah.

“Seramai 25 kontak rapat yang dikenal pasti setakat ini melalui rekod panggilan telefon iaitu empat orang rakan serumah dan 21 orang pelanggan.

“Kedai gunting rambut itu mula beroperasi pada 10 Jun (kelmarin) dan majikan telah membawa beliau menjalani saringan Covid-19.

“Terdapat seramai 15 kontak rapat yang telah mendapat khidmat menggunting rambut daripada beliau sehingga 11 Jun (semalam).

“Warga Pakistan ini telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada 11 Jun (semalam). Punca jangkitan belum dikenal pasti dan siasatan masih dijalankan,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Advertisement

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

14 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

15 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

1 day ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago