Categories: Terkini

Tangguh umum calon PM, PH Plus Mohon Maaf

Pakatan Harapan (PH) mengakui terpaksa menangguhkan pengumuman calon Perdana Menterinya walaupun dikatakan ia sudah mempunyai persetujuan berhubung perkara berkenaan.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata penangguhan itu juga dibuat kerana perkara itu perlu dirujuk kepada sekutu lain iaitu Parti Warisan Sabah (WARISAN) dan kumpulan dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) kem Tun Dr Mahathir Mohamad.

Loading…

Gabungan PH yang kini diketuai Anwar dan sekutunya itu kini dinamakan PH Plus.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata, keutamaan PH ketika ini adalah untuk memastikan agenda perubahan ekonomi rakyat, tata kelola dan tadbir urus yang baik.

Advertisement

“Bagi kita perubahan itu mendesak dan harus disegerakan tetapi janganlah hingga mengorbankan prinsip utuh iaitu perubahan ini mesti dengan maksud kepedulian terhadap masalah rakyat.

“Mesti dengan kesedaran bahawa perubahan ini akan membawa perubahan dalam negara, memberi keyakinan kepada pelabur dan menjana pertumbuhan ekonomi.

“Ini menjadi persoalan pokok dalam PH, sebab itu kita mohon maaf dan perlu menangguhkan pengumuman mengenai pimpinan bakal menerajui negara ,” katanya pada siaran langsung di laman Facebook hari ini.

Semalam, Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan perbincangan calon Perdana Menteri bagi gabungan itu masih dilakukan antara parti komponen dan rakan pembangkang.

Ia sekali gus menafikan beberapa laporan media berhubung perkara berkenaan yang antara lain disifatkan tidak berasas dan tidak dikeluarkan PH atau PH Plus.

Advertisement

Dalam pada itu, Anwar turut mengakui pentadbiran PH sebelum ini, menghadapi masalah untuk meraih sokongan rakyat ekoran beberapa perubahan cuba dilakukan gabungan itu.

“Perubahan lebih baik daripada yang pernah kita lakukan kerana pengalaman menunjukkan bahawa untuk meraih dokongan rakyat itu kita menghadapi juga sedikit masalah. – BH Online

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

5 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

7 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

1 day ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

2 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago