Connect with us

Terkini

Kucing dengan muka dua tona warna ‘wariskan’ warna tersebut kepada dua anaknya

Narnia merupakan seekor kucing yang mempunyai dua warna pada wajahnya. Kejadian unik ini berlaku apabila kucing ini dilihat mempunyai dua tona warna kelabu dan putih pada wajahnya.

Sekali dilihat, Narnia ini dapat disamakan dengan kucing jenis ‘Chimera’ yang pernah menjadi perhatian ramai yang juga mempunyai dua warna bukan sahaja pada wajahnya tetapi juga pada kedua belah matanya, dan menjadi viral di laman sosial.

Loading…
Cat Dad with Handsome Two-Toned Face Fathers Two Kittens, One for Each Side of His Head

Kucing jenis ini dipercayai mempunyai hasil pergabungan dua jenis DNA yang berbeza. Namun, menjadi semakin pelik selepas pemiliknya mengatakan bahawa ujian DNA yang dilakukan tidak menunjukkan bahawa itu terjadi.

Seorang ahli genetik telah melakukan ujian terhadap Narnia. Ternyata kucing ini hanya mempunyai hanya satu DNA dan ia masih menjadi misteri sains. Tambahnya lagi, Narnia yang mempunyai mata biru yang cantik juga sangat jarang terjadi terutama pada kucing berwarna hitam sepertinya. Kebiasaannya mata berwarna biru sering dijumpai pada kucing putih.

Apa yang lebih menarik, Narnia telah menyebarkan warna-warna itu kepada anaknya. Anaknya masing-masing telah mengambil warna di setiap sisi wajah Narnia.

Anaknya yang diberi nama Prada dilihat berwarna hitam manakala saudara kembarnya Phoenix berwarna kelabu. Keduanya mengikuti wajah Narnia dan dilihat terbahagi dengan sempurna. Walaupun, keduanya tidak mengikut mata biru Narnia. Namun, mereka memiliki mata coklat yang memikat.

Advertisement
Cat Dad with Handsome Two-Toned Face Fathers Two Kittens, One for Each Side of His Head

Sumber: people.com

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel