Connect with us

Terkini

‘Saya tidak letak jawatan dan tidak sesekali akan letak jawatan’

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) menafikan peletakan jawatannya.

Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata, khabar angin itu dipercayai sengaja dilakukan pihak tertentu untuk menggugat kestabilan politik negara.

Loading…

Menurutnya, kini fokusnya hanya untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat dan akan terus setia bersama Kabinet Tan Sri Muhyiddin Yassin, lapor Harian Metro lagi.

“Saya ingin tegaskan perkara ini (letak jawatan) adalah tidak benar. Saya tidak meletak jawatan dan tidak sesekali akan berbuat demikian.

Advertisement

“Saya akan terus bekerjasama dengan Kabinet untuk memantapkan pentadbiran negara terutamanya ketika ekonomi negara dalam keadaan mencabar akibat Covid-19,” katanya dalam sidang media khas di kediamannya, hari ini.

Minggu lalu khabar angin peletakan jawatannya tular di laman sosial namun perkara itu dinafikan Mohd Redzuan.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel