Connect with us

Pilihan Editor

TERKINI: Tun Mahathir bertemu Anwar di ibu pejabat PKR

Barisan pemimpin tertinggi Pakatan Harapan dan Warisan bertemu dalam satu mesyuarat yang bermula kira-kira pukul 3 petang ini di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya.

Loading…

Yang hadir pada mesyuarat tersebut Tun Dr Mahathir Mohamad; Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Shafie Apdal dan beberapa pemimpin pembangkang.

Bekas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke yang juga pengerusi DAP Negeri Sembilan memuatnaik foto mesyuarat sedang berlangsung yang turut dihadiri Mohamad Sabu yang merupakan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) di laman Facebook beliau.

“Mesyuarat pimpinan tertinggi Pakatan Harapan bersama Tun Dr. Mahathir dan Datuk Seri Shafie Apdal di Ibupejabat PKR,” tulis beliau.

Advertisement

Sementara itu tinjauan MalaysiaGazette di Ibu Pejabat PKR mendapati media telah mula berkumpul sejak pukul 2 petang menunggu perkembangan terkini hasil mesyuarat tersebut. – MalaysiaGazette

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel