Connect with us

Terkini

Hidup dalam kesempitan, penyanyi To’ki tak diabaikan, PPZ MAIWP & Ustaz Ebit Lew tampil hulur bantuan

Baru-baru ini, kita digemparkan dengan kisah penyanyi ‘otai’, To’ki yang tinggal di sebuah kediaman usang di sebuah hutan.

Apabila melihat keadaannya kini yang menyentuh hati itu, pasti kita tidak menyangka bahawa insan daif itulah yang pernah mewarnai dunia industri hiburan tanah air kita dahulu dengan lagu-lagunya seperti Perhamba Penyuluh (2016), Hampa (2005), Seni Berzaman (2005), Bukan Sekali (2018) dan banyak lagi.

Loading…


Agak mengejutkan, pondok usang yang menjadi tempat tinggalnya itu tiada kemudahan paip, air hanya bersumberkan sungai sahaja.

Advertisement

Ditambah pula dengan keadaan hutan di sekeliling, ada waktu ia kelihatan nyaman dan mendamaikan, namun ada waktu, ia menggambarkan kehidupannya yang sunyi tanpa ada lagi tepukan gemuruh daripada peminatnya seperti satu ketika dahulu.

Rentetan isunya tular ke segenap masyarakat, akhirnya berita itu tiba jua ke pengetahuan pihak berwajib, Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).

Gambar: PPZ MAIWP
Gambar: PPZ MAIWP

Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP menziarahi penyanyi dan pengkarya muzik, To’ki di pondoknya tengahari tadi untuk bertanya khabar di samping menawarkan sedikit bantuan kepada To’ki dan isteri.

Alhamdulillah kami di PPZ-MAIWP melalui Khaira PPZ (CSR) akan cuba membantu menyediakan rumah yang selesa untuk To’ki dan isteri beristirahat selain bantuan-bantuan yang lain.

Semoga dengan bantuan ini, To’ki dapat terus berkarya dan menghiburkan semua peminatnya.

Gambar: PPZ MAIWP

Dalam masa sama, pendakwah yang cukup terkenal dengan kerja-kerja amal di jalanan, Ustaz Ebit Lew turut berpeluang menziarahi insan seniman ini.

Gambar: Ustaz Ebit Lew

Sebak sayu tadi ziarah To’ki. Best-best lagu. Ramai tag saya di fb berita ini. Saya terus ke sana. Sampai jer dah berdebar kata Allah kedalam juga ini. Sekali sampai pondok ini ini dah setahun To’ki tinggal bersama isterinya yang sakit. To’ki khidmat jaga dan uruskan isteri kerana isteri tak boleh bergerak sangat.

Dari jauh To’ki terus sambut saya dan terus peluk saya. Tak sempat nak cakap apa-apa. Macam dah lama kenal. Terus To’ki kata kenapa ustaz buat semua ini. Kebaikan pada semua orang tanpa harap balasan. Allah sayang ustaz.

InsyaAllah akan bantu untuk tangki dan water pump air sungai dan bilik air. Saya hadiahkan juga peti ais dan mesin basuh. Dari live kami tadi InsyaAllah Hj Hamid dari Kulim akan beri kayu pain untuk buat rumah cantik-cantik. Syukur dapat berkongsi ilmu dan berkasih sayang-ebitlew

Gambar: Ustaz Ebit Lew
Gambar: Ustaz Ebit Lew
Gambar: Ustaz Ebit Lew
Gambar: Ustaz Ebit Lew
Gambar: Ustaz Ebit Lew
Gambar: Ustaz Ebit Lew
Gambar: Ustaz Ebit Lew
Gambar: Ustaz Ebit Lew
Gambar: Ustaz Ebit Lew
Gambar: Ustaz Ebit Lew
Gambar: Ustaz Ebit Lew

Alhamdulillah, terima kasih kepada PPZ MAIWP dan Ustaz Ebit Lew atas usaha dan keprihatinannya.

Video: Hampa – Legend masih lagi berbisa TO’KI & Ust Ebit LewHampa – Legend masih lagi berbisa TO’KI & Ust Ebit Lew

Advertisement

Tidak kiralah siapa pun yang hulur bantuan, bagi penulis, selagi namanya kemanusiaan, ia tidak akan mengenal siapa.

Semoga kehidupan To’ki dan isteri akan kembali bersinar semula selepas ini. Ameen.

Sumber: PPZ MAIWPEbit Lew, SiakapKeli

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel