Friday, December 12, 2025

Dr Noor Hisham dianugerah ‘Alumni Tersohor Tahun 2019’ Fakulti Perubatan UKM

July 4, 2020
1 min read

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dianugerahkan Alumni Tersohor 2019 oleh Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) atas sumbangan besar beliau dalam bidang perubatan.


Loading…

Dr Noor Hisham diberi anugerah itu sempena majlis Anugerah Sanjungan Kencana Fakulti Perubatan 2020, UKM hari ini.

“Anugerah ini adalah satu pengiktirafan kepada komitmen dan dedikasi kesemua tenaga pendidik di Fakulti Perubatan UKM dan satu manifestasi kecemerlangan petugas kesihatan di mana sahaja mereka berada. Mereka adalah insan-insan istimewa yang komited, produktif, inovatif dan sentiasa berusaha untuk memberikan khidmat terbaik kepada rakyat melangkaui jangkaan,” katanya dalam hantaran Facebook beliau hari ini.

Dr Noor Hisham mengucapkan jutaan terima kasih kepada UKM, khususnya Fakulti Perubatan universiti itu atas penganugerahan berkenaan.   

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata kecemerlangan perkhidmatan kesihatan negara merupakan hasil kerjasama berpasukan setiap individu kerana setiap sumbangan walau sekecil mana pun, adalah rentetan ke arah hasil impak kesihatan yang tinggi, kos berpatutan dan memenuhi kepuasan pelanggan.

Dr Noor Hisham turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua warga kerja perkhidmatan kesihatan yang masih berkhidmat dan yang telah bersara. 

“Mereka sentiasa melaksanakan tugas dan meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kesihatan dengan penuh dedikasi dan integriti,” katanya.

— BERNAMA 

HANGAT MINGGU INI

COVID-19: 19,378 Kes Baharu Dilaporkan, Perlis Catat 80 Kes Baharu

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa sehingga

“Jangan Dalam Keseronokan Sambut Hari Raya Korban Penyebab Kita Pun Akan Sama-Sama ‘Terkorban’” – Noor Hisham

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menasihatkan agar kita