Connect with us

Pilihan Editor

Malaysia diiktiraf berjaya urus, kawal wabak COVID-19 – PM

Malaysia telah diiktiraf antara negara yang amat berjaya di dunia dalam mengawal dan menguruskan wabak COVID-19, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Berucap pada perjumpaannya bersama kira-kira 250 warga Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini, beliau berkata kejayaan tersebut adalah berkat usaha kesungguhan dan kerjasama semua pihak di peringkat kerajaan hingga masyarakat.

Loading…

“Kita bersyukur kerana Malaysia telah dapat melalui satu tempoh masa yang amat mencabar iaitu untuk menangani wabak COVID-19 yang telahpun melanda dunia dan Malaysia tidak terkecuali.

“Kesemuanya ini kerana adanya usaha bersungguh-sungguh kita bersama-sama, baik di peringkat kerajaan mahupun rakyat jelata, menguruskan secara bijaksana, tegas dan berani membuat keputusan yang segera dan tepat untuk menentukan wabak penyakit ini tidak menular dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata kerajaan tidak memandang remeh sesuatu isu sekiranya ia melibatkan kesejahteraan rakyat walaupun Malaysia tidak mempunyai pengalaman berhadapan dengan wabak sedemikian dalam tempoh lebih 60 tahun.

Muhyiddin turut menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada penjawat awam dan petugas barisan hadapan atas usaha menangani COVID-19 termasuk doktor, jururawat, tentera, polis, Majlis Keselamatan Negara, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Beliau berkata hari ini Malaysia sudah sampai ke peringkat Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), iaitu satu fasa yang boleh dikatakan memberi banyak ruang untuk memulakan semula kehidupan seperti biasa.

“Dalam fasa pemulihan yang sedang kita lalui sekarang, inilah satu tempoh yang agak lebih mencabar. Ini adalah satu lagi peringkat yang perlu kita ambil kira secara terperinci.

“Walaupun COVID-19 belum selesai sehingga vaksin itu dapat ditemui, tetapi kita telah mengambil langkah ke hadapan, mungkin lebih awal daripada banyak negara-negara lain yang sedang dilanda wabak ini,” katanya.

Advertisement

Setakat 12 tengah hari semalam, kes kumulatif yang dicatatkan di Malaysia ialah sebanyak 8,663 dengan 121 kematian, dan kes aktif hanya 77.

— BERNAMA

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel