Connect with us

Terkini

“Ayah tak kisah susah, janji anak-anak tersenyum indah…” Pendakwah terkenal Ustaz Hanafi kini jadi “Rider” Grabfood, terus cekal lawan kanser

Anda masih ingat pendakwah terkenal, Ustaz Hanafi?

Beliau atau nama penuhnya Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek sebelum ini sering beraksi di kaca televisyen menyampaikan kuliah-kuliah agama menerusi siaran Tanyalah Ustaz.

Sehinggalah ditakdirkan menghidap kanser beberapa tahun lalu, perjalanan Ustaz Hanafi dalam dunia dakwah sedikit terkesan, lebih-lebih perlu menjalani rawatan kimoterapi hingga menyebabkan fizikalnya berubah.

Loading…

Bagaimanapun, kesakitan dalaman yang dihidapinya itu tidak menghalangnya untuk terus hidup.

Advertisement

Dengan penuh cekal, kini Ustaz Hanafi ‘berhijrah’ dari meja kuliah ke jalan raya, di mana beliau baru sahaja memulakan karier baharunya sebagai penghantar makanan.

Beliau berkongsi pengalamannya itu menerusi halaman Facebooknya semalam.

Janji Halal.. Bismillah.. Ayah tak kisah susah.. janji anak anak tersenyum indah. Kepada Allah aku bertawakkal. #kanserfighter

Gambar: Ustaz Hanafi
Gambar: Ustaz Hanafi
Gambar: Ustaz Hanafi
Gambar: Ustaz Hanafi

Berikutan ramai netizen yang terharu dengan kesanggupan Ustaz Hanafi untuk menjadi penghantar barang, rata-rata mereka menitipkan doa dan kata-kata semangat buat beliau. p

Advertisement

Sumber: Ustaz Hanafi/SiakapKeli

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel