Connect with us

Jenayah

Kes Adib: PDRM cadang tubuh pasukan kajian semula-KPN

Polis Diraja Malaysia (PDRM) bercadang untuk menubuhkan Pasukan Kajian Semula, bagi menyiasat kesemua aspek kes kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pasukan itu akan melakukan siasatan yang tertumpu kepada saksi-saksi.

“Ia termasuklah pandangan seorang pakar patalogi forensik dari Hospital Kuala Lumpur dan seorang lagi pakar forensik yang dilantik oleh keluarga Muhammad Adib, sepanjang inkues berlangsung di Mahkamah Koroner bermula pada 11 Feb hingga 24 Julai tahun lepas, di Shah Alam.

Loading…

“Pasukan ini sama seperti mana pasukan yang pernah ditubuhkan sebelum ini, yang melibatkan kes kematian seorang model berusia 18 tahun dari Belanda, yang didapati maut akibat terjatuh dari sebuah bangunan, beberapa tahun dahulu,” katanya pada sidang media khas di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Advertisement

Abdul Hamid berkata PDRM akan mencadangkan penubuhan pasukan itu kepada Kementerian Dalam Negeri, kerana terdapat percanggahan pendapat oleh dua pakar patologi yang menjalankan bedah siasat terhadap mangsa.

Beliau berkata setakat ini, polis telah memanggil semula 31 saksi inkues dan seramai 52 saksi baharu telah dirakam keterangan, susulan keputusan mahkamah koroner pada September tahun lepas yang mendapati Muhammad Adib maut akibat perbuatan jenayah, oleh dua atau lebih orang yang tidak dikenali.

Sehingga kini Abdul Hamid berkata, tiada keterangan mana-mana saksi yang dapat mengaitkan Muhammad Adib dibunuh, berdasarkan dapatan inkues.

Beliau berkata, polis telah memperoleh satu rakaman video, namun kabur dan tidak dapat menjelaskan keadaan insiden terbabit.

Abdul Hamid berkata, polis tidak pernah menutup kes itu sewenang-wenangnya dan sentiasa ingin mencari kebenaran, demi keadilan buat Muhammad Adib, dan beliau meminta orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kes itu, tampil membantu siasatan.

Muhammad Adib, 24, yang bertugas sebagai anggota bantuan kecemasan Jabatan Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, parah dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 Nov 2018 dan meninggal dunia di Institut Jantung Negara selepas 21 hari menerima rawatan.

Advertisement

Pada 27 Sept tahun lepas, Mahkamah Koroner Shah Alam memutuskan kematian Muhammad Adib, adalah akibat perbuatan jenayah yang dilakukan lebih dua atau tiga individu tidak diketahui.

— BERNAMA

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel