Connect with us

Terkini

Lawat potret ‘Tiga Panglima’, Dr Noor Hisham terharu, dapat rasa semangat patriotik rakyat Malaysia

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah hari ini berpeluang meluangkan masa hujung minggu dengan melawat ke tempat ‘memorial’ dirinya sendiri.

Pada hari ini, beliau berkesempatan singgah ke kawasan dinding mural yang terpapar lukisan potret wajahnya sendiri.

Loading…

Justeru, beliau turut bergambar dengan mural tersebut dan memuat naik fotonya ke Facebook hari ini.

Saya berada di sini (U12 Shah Alam) pagi ini dan saya dapat merasai semangat patriotik yang kuat dalam kalangan rakyat Malaysia.

Saya mahu mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pelukis berbakat yang cemerlang dengan kemahiran serta karya seni mereka yang luar biasa.

Advertisement

Ia menunjukkan bahawa setiap orang ada peranannya masing-masing ketika krisis pandemik ini dan menyahut cabaran dengan lukisan mural yang sangat hebat ini.

Gambar: Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah

Mengimbas kembali, lukisan mural tersebut merupakan hasil tangan seorang anak kelahiran Terengganu, Suhaimi Ali yang telah pun memulakan projek tersebut sebelum ini.

Di dinding tersebut, bukan sahaja ada wajahnya sendiri, malah turut dilukis juga potret Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah serta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mural tiga ‘hero’ negara itu dilukis bertujuan sebgai tanda menghargai jasa dan keprihatinan mereka sebagai wira negara dalam menghadapi pandemik COVID-19.

I was there this morning (U12 Shah Alam) and I felt the strong patriotic spirit among Malaysians. I would like to…Posted by Noor Hisham Abdullah on Friday, 10 July 2020

Sumber: Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, SiakapKeli

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel