Connect with us

Pilihan Editor

Persoal inisiatif k’jaan tangani COVID-19 tidak dibahas terlebih dahulu, Muhyiddin jawab Anwar

Dalam sidang Dewan Rakyat hari ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim ada persoal inisiatif perbelanjaan kerajaan dalam tangani wabak pandemik COVID-19 di Malaysia.

Keputusan mengenai isu berkaitan inisiatif dan perbelanjaan kerajaan dalam menangani impak wabak pandemik COVID-19 dipertikaikan kerana dibuat tanpa dibahaskan di sidang Parlimen terlebih dahulu.

Pertikaian tersebut seakan menyatakan kerajaan enggan (gagal) memberi ruang kepada Ahli Parlimen membahaskannya sebelum diluluskan kemudian dinafikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menegaskan bahawa segala inisiatif perlu dilakukan sekarang kerana rakyat tidak boleh menunggu terlalu lama untuk menerima bantuan, menjawab kepada persoal inisiatif itu dengan menjelaskan kerajaan tiada pilihan kecuali mengutamakan kelangsungan hidup rakyat dalam situasi sukar sebegini.

Advertisement

Loading…

Ada berpuluh-puluh inisiatif yang terpaksa kita laksanakan, kerana di luar sana rakyat menunggu.

Dia (rakyat) tidak boleh menunggu sesi Parlimen ini. Dia nak sekarang, bantuan disampaikan sekarang. Mereka hadapi kesukaran sekarang, industri-industri sudah runtuh sekarang, perniagaan-perniagaan tidak boleh dilaksanakan sekarang.

Kalau nak tunggu hari ini, saya faham, sebagai tugas Ahli Parlimen, itu tanggungjawab (membahaskan masalah rakyat), tetapi tugas kerajaan adalah menentukan rakyat mesti dibela, pembelaan itu mesti dilaksanakan.”

Dalam sidang Parlimen hari ini,Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof secara rasmi mengumumkan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih sebagai Ketua Pembangkang.

Pakatan Harapan Akan Lantik Anwar Ibrahim Sebagai Perdana Menteri Jika Kembali Berkuasa

Dalam sidang Parlimen hari ini juga, usul pengosongan jawatan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang dicadangkan Muhyiddin Yassin yang juga Ahli Parlimen Pagoh turut diluluskan dengan persetujuan 111 Ahli Parlimen.

Tonton sidang penuh Parlimen bahagian satu di pautan bawah:

Sumber: Odisi.my

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel