Bersatu Ayer Hitam isytihar sokongan kepada Tun M

Sebahagian ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Ayer Hitam hari ini mengisytiharkan menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad dan mengecam kepimpinan tertinggi Bersatu yang memecat bekas Perdana Menteri itu.

Menurut pengasas Bersatu Ayer Hitam, Ahmad Mustaffa Shah Balhtiar Shah, pihaknya menolak sekeras-kerasnya pemecatan Dr Mahathir berserta beberapa lagi Ahli Majlis Tertinggi parti berkenaan.

Loading…

“Perkara tersebut tidak mengikut perlembagaan parti, justeru kami menolak dengan keras pemecatan tersebut.

“Kami menyokong sepenuhnya Dr Mahathir sebagai Pengerusi Bersatu yang menang tanpa bertanding sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Advertisement

Pada 28 Mei lalu, selain Dr Mahathir, Timbalan Presiden, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Ketua Pemuda Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Dr Maszlee Malik dan Datuk Amiruddin Hamzah dipecat keahlian daripada parti itu.

Ahmad Mustaffa berkata, pemecatan itu adalah tidak sah kerana surat yang dikeluarkan ditandatangan oleh Setiausaha Kerja Bersatu dan bukan daripada Presiden Parti sendiri.

Pada masa sama, beliau yang merupakan Ketua Armada Penaja Ayer Hitam kecewa dengan perkembangan dalaman Bersatu pada ketika ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Johor, Serudin Soud memuji tindakan berani Mustaffa yang tidak berdiam diri apabila melihat perkara tidak betul sedang berlaku.

“Sebagai pemuda kita harus menunjukkan sikap mengangkat martabat kebenaran dan suara rakyat yang telah dirosakkan sesetengah pihak.

Advertisement

“Tindakan Mustaffa boleh dipuji dan ia sebagai pendirian serta suara akar umbi Bersatu yang berani menyatakan prinsip. Kami menyokong tindakan beraninya dalam menegakkan kebenaran,” katanya.

Beliau berharap ramai lagi pemuda yang berani memberikan pandangan semata-mata untuk memperjuangkan kebenaran.

Sumber: Sinar Harian

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Faisal Halim Alami Kecederaan Disimbah Asid

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Pemain sayap Selangor FC Faisal Halim menjadi mangsa simbahan asid yang… Read More

3 hours ago

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

7 hours ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

13 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

2 days ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago