Connect with us

Pilihan Editor

Al Jazeera: Pihak berkuasa berkaitan dipanggil, kata Bukit Aman

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil beberapa pihak berkuasa berkaitan untuk merakam percakapan berhubung penyiaran sebuah dokumentari mengenai cara Malaysia menangani pendatang tanpa izin ketika penularan wabak Covid-19.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Huzir Mohamed, berkata kesemua pihak terlibat yang dipanggil itu adalah untuk membuat pengesahan daripada segi kelulusan dan kebenaran berhubung penyiaran dokumentari berkenaan.

Loading…

Beliau berkata antaranya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak berkuasa sekiranya dokumentari yang disiarkan Al Jazeera itu ada melanggar hak asasi ke atas pendatang tanpa izin atau sebaliknya.

“Kesemua pihak berkuasa berkaitan akan dipanggil dalam tempoh terdekat ini.

Advertisement

“Selain itu, di sepanjang perintah kawalan pergerakan (PKP), perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) dan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) kami ingin tahu objektif dan pengoperasian pihak berkuasa terlibat dalam mengawal penularan Covid-19 terhadap pendatang tanpa izin,” katanya kepada Bernama hari ini.

Huzir berkata PDRM perlu mendapatkan segala rakaman percakapan dan dokumen berkaitan daripada pihak terlibat.

“Kami hendak melihat sekiranya dakwaan yang dinyatakan pihak Al Jazeera di sepanjang tempoh PKP, PKPD dan PKPB ini adakah benar atau sebaliknya,” katanya.

Selain itu, Huzir berkata pihaknya telah selesai merakam keterangan enam kakitangan Al Jazeera bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Kes berkenaan disiasat menurut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana menyiarkan berita fitnah, serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyalahgunakan rangkaian perkhidmatan secara tidak wajar.

Advertisement

Al Jazeera sebelum ini menyiarkan dokumentari bertajuk Locked Up in Malaysia’s Lockdown berdurasi 25 minit 50 saat yang mengecam layanan terhadap pendatang tanpa izin ketika Malaysia melaksanakan langkah menangani Covid-19.

– Bernama

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel