Connect with us

Bahasa

Hina Jata Negara: Tindakan perlu diambil walau sudah mohon maaf – Saifuddin

Published

on

 491 total views,  6 views today

Tindakan tetap perlu diambil terhadap syarikat kasut yang didakwa mencetak logo Jata Negara di bahagian dalam kasut keluarannya walaupun telah membuat permohonan maaf secara terbuka atas kesilapan itu, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata tindakan tegas perlu diambil kerana lambang kebesaran negara termasuk Jata Negara mesti dihormati, selain kejadian itu adalah yang kedua selepas kejadian hina Jata Negara dalam penerbitan sebuah buku, baru-baru ini.


Loading…

“Bila buat silap, ia mesti disiasat dan kalau bersalah mesti dihukum dengan setimpal. Jika tidak, mudah sangat untuk membuat silap dan kemudian minta maaf. 

“Kes (hina Jata Negara dalam) penerbitan buku juga difahamkan masih dalam siasatan pihak berkuasa …yang ini pun saya akan lihat dan majukan (kepada pihak berkaitan) supaya tindakan tegas diambil,” katanya kepada pemberita selepas meninjau Kursus Pembuatan Biskut oleh Ibu Tunggal Parlimen Indera Mahkota di Gerai KRT Cenderawasih di sini, hari ini.  

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota berkata demikian semasa diminta mengulas gambar di bahagian dalam kasut yang mengandungi Jata Negara dan surat permohonan maaf bertarikh 17 Julai daripada syarikat terlibat, yang tular di laman sosial. 

Dalam pada itu, Saifuddin berkata Jabatan Penerangan sedang menghasilkan buku panduan penggunaan nama dan lambang negara yang akan diedarkan secara fizikal dan dalam talian, sebagai panduan kepada semua pihak berkaitan termasuk orang awam. 

Katanya, masih ada pihak yang tidak tahu penggunaan nama dan lambang negara termasuk Jata Negara yang betul, selain ramai tidak menyedari kewujudan undang-undang khusus dalam perkara itu iaitu Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963.

“Kita juga akan menerangkan tentang penggunaan Jalur Gemilang yang betul kerana ada masa kita masih tersilap. Sebagai contoh, boleh atau tidak kita menggunakan bendera untuk dijadikan pakaian? Ini antara perkara yang masih ramai tidak pasti. 

“Perkara ini akan diselidik dengan teliti. Kita menggalakkan orang untuk memperagakan bendera tetapi ia mesti dibuat dengan cara yang betul dan mematuhi etika. Ini antara perkara yang akan diterangkan dalam buku panduan tersebut,” katanya. 

Mengenai kursus itu, Saifuddin berkata Pejabat Ahli Parlimen Indera Mahkota akan membantu usaha yang dilakukan usahawan Maizatul Akmar Rizah Mazlan yang sedang melatih 20 ibu tunggal dalam pembuatan biskut tradisional dan kerepek. 

Katanya bantuan daripada aspek modal dan pembungkusan itu akan membolehkan produk yang dihasilkan di pusat berkenaan lebih berdaya saing dan menarik perhatian lebih ramai pembeli.

— BERNAMA

Terkinii

Konstabel Baru Pindah Sibu Mati Tertembak Oleh Rakan

Published

on

 4,194 total views,  902 views today

SIBU- Seorang konstabel polis lelaki ditemukan mati di sebuah rumah di Lorong Permai Timur 9, Taman Permai di sini semalam dipercayai tertembak oleh rakannya yang juga seorang anggota polis yang menyewa rumah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit ketika dihubungi lewat malam tadi berkata, anggota yang dikenali sebagai Norhalim Tumiran, 25, dijumpai dengan kesan tembakan di kepala selepas laporan mengenai kejadian itu diterima sekitar 7 malam.



“Kami dimaklumkan seorang anggota polis ditemukan mati dengan kesan tembakan pada bahagian atas telinga kanan (kepala) dan masih terduduk di atas sofa di dalam rumah,” katanya tanpa memberitahu butiran lanjut kejadian.

Menurutnya, mangsa yang baru sebulan setengah berpindah tugas ke sini setelah menamatkan latihan asasnya sebagai anggota polis dikatakan datang ke rumah sewa berkenaan yang didiami dua rakan polisnya untuk bermain permainan komputer sebelum waktu berbuka puasa.

Mangsa yang tinggal di rumah transit di IPD Sibu mempunyai seorang isteri dan seorang anak berusia setahun.

Stanley yang sebelum itu turut meninjau tempat kejadian selepas menerima laporan insiden itu berkata, mangsa bertugas di Unit Rondaan Bermotorsikal (URB) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu.

Menurutnya, laporan awal kejadian tersebut telah dihantar kepada Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail dan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Sarawak Senior Asisten Komisioner Lukas Aket.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -Bernama

Continue Reading

Terkinii

Polis Akan Panggil Neelofa Dan Suami Selepas Video Di Premis Perniagaan Di Nilai 3 Tular

Published

on

 10,834 total views,  882 views today

SEREMBAN, 3 Mei – Selebriti Neelofa Mohd Noor dan suaminya Haris Ismail akan dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai dalam masa terdekat berkaitan penularan video pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Polis Daerah Nilai Superintenden Mohd Fazley Ab Rahman berkata pihak polis telah menjalankan siasatan berhubung penularan video itu yang mengaitkan artis tersebut selepas dipercayai berada di sebuah premis perniagaan karpet di kawasan Pusat Perniagaan Nilai 3 dekat sini semalam.



“Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya setelah selesai siasatan. PDRM menasihati orang ramai mematuhi PKPB. Kegagalan mematuhi perintah ini membolehkan tindakan diambil mengikut peruntukan undang-undang yang masih berkuat kuasa,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No.4) serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Spekulasi berkaitan video pelanggaran SOP PKPB itu tular di media sosial apabila Neelofa bersama suaminya dikatakan memuat naik gambar dan video yang menunjukkan mereka berada di sebuah kedai karpet dipercayai di Nilai, semalam.

— BERNAMA

Continue Reading

Terkini

[VIDEO] ‘Dah Tegur, Dia Keluar Hujah Pula’ – 4 Wanita Bertudung Tak Puasa, Siap Makan Di Restoran Tanpa Segan Silu

Published

on

 33,485 total views,  909 views today

Tular satu video di media sosial menunjukkan 4 orang wanita yang beragama islam tidak berpuasa dan makan di sebuah restoran yang dipercayai di Singapura.

Menerusi perkongsian di Facebook Jihair, seorang wanita merakam video yang berdurasi satu minit sambil menegur keempat-empat orang wanita berkenaan.



“Yang makan makanan Cina ini semua, dia cakap dia kerja dengan orang Cina, lepas tu dia boleh makan. Korang buat malu orang Islam, pakai tudung lagi. Apa nak jadi?”

Masalahnya, seorang wanita yang tidak berpuasa itu siap ada point lagi nak berdebat dengan si perakam.

Disebabkan si perakam rasa malas nak panjangkan cerita, dia sempat berkata ingin melaporkan hal ini kepada Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) sebelum bergerak dari tempat kejadian.

Kalau alasan ‘uzur’ sekalipun, pergi makan dekat tempat tertutup. Ini betul tak malu makan dekat khalayak ramai. Apa nak jadi?

Sumber: Facebook Jihair Bin Adey

Continue Reading

Trending