Connect with us

Terkini

Dr M anggap pengguguran pencalonannya tidak sah

Bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan penggugurannya sebagai calon Pengerusi bagi pemilihan parti yang akan berlangsung Ogos depan adalah tidak sah.

Menurutnya, mahkamah masih belum membuat keputusan rasmi berhubung status keahliannya bersama beberapa bekas pimpinan Bersatu yang lain.

Loading…

Tambahnya, beliau masih lagi ahli Bersatu yang sah ketika ini dan masih layak untuk bertanding dalam pemilihan bagi mempertahan jawatan sebagai Pengerusi parti memandangkan beliau telah dicalonkan sebelum ini.

“Dia gugur tak sah. Kita masih lagi ahli melainkan kalau mahkamah kata pengguguran ini sah. Kalau tidak kita masih anggap diri kita ahli, dan (layak) memegang jawatan.

Advertisement

“Dan saya dicalon tanpa ada (pesaing) calon lain, tiada lawan,” katanya seperti dilapor Astro Awani ketika ditemui media selepas Program Bersatu Blackout peringkat negeri Kedah di sebuah hotel, di sini, pada Sabtu.

Tegas Dr Mahathir, beliau akan terus berusaha dan sedang merancang untuk melakukan tindakan susulan bagi mengekalkan kedudukannya dalam Bersatu.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel