Jakel dapat balik RM10 juta disita SPRM

Kerajaan hari ini gagal menangguhkan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan pendakwaan untuk melucut hak ke atas wang berjumlah RM10,747,042.77 yang disita daripada Jakel Trading yang didakwa berkaitan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Muhammad Jamil Hussin menolak permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menangguhkan keputusan mahkamah pada 3 Mac lalu yang menolak permohonan melucut hak wang tersebut terhadap pembekal borong tekstil itu.

Pada 17 Mac lalu, SPRM memfailkan permohonan untuk menangguhkan keputusan itu dan menghalang wang tersebut dikembalikan kepada responden sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.

Permohonan itu kemudian dijadualkan untuk didengar hari ini.

Advertisement

Dalam penghakimannya, Muhammad Jamil berkata pihak pendakwa gagal menunjukkan situasi khas untuk mewajarkan mahkamah membenarkan penangguhkan keputusan tersebut.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya dari SPRM, Farah Yasmin Salleh, berkata wang tersebut tidak harus dikembalikan kerana semuanya akan dibelanjakan oleh responden.

“Kami tidak mempunyai jaminan untuk mendapatkan wang itu jika kes ini berjaya di Mahkamah Rayuan,” katanya.

Peguam Thevini Nayagam, yang bertindak untuk syarikat itu, berkata syarikat itu memperoleh pendapatan tahunan berjumlah ratusan jutaan ringgit dan mempunyai keupayaan untuk membayar balik wang tersebut jika pendakwa berjaya dalam rayuan mereka.

Ketika ditemui Bernama selepas prosiding itu, Thevini berkata pihaknya akan segera menghubungi Maybank untuk meminta pelepasan sejumlah RM10 juta kerana lebih dua tahun akaun syarikat itu dibekukan.

Advertisement

Pada Jun tahun lalu, SPRM memfailkan permohonan melucutkan hak sivil terhadap 41 responden untuk memperoleh semula dana kira-kira RM270 juta yang dipercayai mempunyai kaitan dengan 1MDB.

SPRM percaya wang berkenaan dipindahkan daripada akaun bank bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

– Bernama

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

2 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

4 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

22 hours ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

2 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago