Connect with us

Terkini

Satu laporan diterima, polis giat kesan individu tak patuh SOP di Mahkamah KL melalui kamera CCTV

Pihak polis akan memanggil penganjur perhimpunan untuk diambil keterangan atas dakwaan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, semalam.

Memetik laporan BERNAMA, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor berkata, satu laporan berkenaan situasi penyokong melanggar SOP tersebut juga turut diterima.

Dalam pada itu, jelasnya, pihak polis turut mengesan individu-individu yang terlibat tidak patuh SOP melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kompleks mahkamah tersebut.

Advertisement

Ditanya mengapa tindakan tidak dilakukan segera oleh polis ketika penyokong berada di Kompleks Mahkamah semalam, Mazlan menjelaskan, polis tidak mahu mengeruhkan keadaan kerana nasihat serta amaran sudah diberikan.

“Nasihat sudah dilakukan dan amaran juga sudah diberikan…pun begitu mungkin kerana keghairahan mereka yang hadir ia (arahan) tidak diendahkan.

“Kenapa mahu undang masalah, kerajaan juga sudah berkali-kali memberi amaran dan nasihat. Ini (situasi perhimpunan) bukan kita jaga kita lagi… akhirnya pihak polis yang dipersalahkan,” katanya seperti dipetik portal Berita Harian.

Tambah Mazlan, laporan polis sudah dibuat oleh orang awam dan siasatan berhubung perkara berkenaan sudah dijalankan.

Perhimpunan menyokong Najib semalam mengejutkan rakyat Malaysia yang bimbang penularan COVID-19 akan berlaku dalam kalangan mereka yang hadir berikutan tiada penjarakan sosial, selain ribuan yang hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur itu dilihat tidak mengendahkan arahan yang ditetapkan.

Advertisement

Sumber: BERNAMA,BH Online

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel