Connect with us

Pilihan Editor

Azalina dimasyhur sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat

Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said dimasyhurkan sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan Azalina, 57, yang merupakan wanita pertama memegang jawatan itu adalah bagi menggantikan Ahli Parlimen Teluk Intan Nga Kor Ming yang meletak jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat hari ini.

Loading…

Terdahulu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengusulkan supaya Azalina dipilih menjadi Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat mengikut Peraturan Mesyuarat 6 (2) yang dibaca bersama Peraturan 4 (1), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat. 

“Saya mohon mencadangkan bahawa Yang Berhormat Datuk Seri Azalina binti Othman Said, Ahli Parlimen Pengerang dipilih menjadi Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat dan mengikut Peraturan Mesyuarat 6 (2) yang dibaca bersama Peraturan 4 (1) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, saya telah memastikan bahawa beliau bersetuju untuk berkhidmat jika dipilih,” menurut usul tersebut.

Advertisement

Berkelulusan Sarjana Undang-Undang dari London School of Economics dan Diploma Undang-Undang Syariah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Azalina yang merupakan anak jati Johor berpengalaman luas dalam mengendalikan kes-kes tuntutan sivil melibatkan isu perbankan korporat dan komersial.

— BERNAMA

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel