Darjah 5 dan 6 serta tingkatan 1 hingga 4 mula bersekolah pada 15 Julai 2020

 2 total views,  2 views today

PUTRAJAYA — Pelajar tingkatan satu hingga  empat dan pelajar kelas peralihan serta murid tahun lima dan  enam akan kembali ke sekolah bermula 15 Julai ini.

Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata pembukaan semula sekolah bagi murid tahun satu hingga empat pula adalah pada minggu berikutnya iaitu 22 Julai.


Loading…

“Tarikh pembukaan semula sekolah ini terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan mana-mana institusi pendidikan yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan (KPM). 

“Bagi sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM pula, mereka juga disaran untuk turut mengikut tarikh pembukaan penuh sekolah yang ditetapkan,” katanya dalam sidang media khas yang disiarkan secara langsung oleh stesen-stesen televisyen tempatan, hari ini.

Katanya pembukaan semula sekolah untuk murid bukan kelas peperiksaan awam itu dilaksanakan secara berperingkat setelah mengambil kira saranan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

— BERNAMA