Connect with us

Mahkamah

‘Kelulusan PM ikut Artikel 117 M & A tidak pernah diguna pakai’

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur diberitahu hari ini bahawa kelullusan perdana menteri, seperti yang dinyatakan dalam Artikel 117 Memorandum dan Artikel Pertubuhan (M&A) 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam perkara berkaitan dana pelaburan negara itu tidak pernah diguna pakai oleh lembaga pengarah 1MDB.

Loading…

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, 50, berkata beberapa perkara tertentu yang memerlukan kelulusan perdana menteri termasuk pelaburan, penstrukturan semula serta kuasa menggaji dan memecat seperti yang dinyatakan dalam Artikel 117 tidak pernah digunakan.

Advertisement

Beliau berkata demikian semasa disoal balas peguam Datuk Seri Najib  Razak iaitu Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada perbicaraan rasuah Ahli Parlimen Pekan itu berkaitan skandal 1MDB yang membabitkan RM2.3 bilion.

Muhammad Shafee: Artikel 117 telah digubal bagi memastikan perdana menteri dapat mengemudikan perkara-perkara yang berkaitan dengan kepentingan negara.

Shahrol Azral: Betul.

Muhammad Shafee: Semasa temu bual anda dengan anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada 11 Feb 2016, anda telah ditanya secara khusus sama ada anda sebagai CEO 1MDB telah mengguna pakai Artikel 117 bagi mendapatkan kelulusan daripada PM… dan anda jawab tidak.

Shahrol Azral: Betul.

Advertisement

Kepada soalan lain, saksi kesembilan pendakwaan itu menafikan bahawa beliau telah membuat perjanjian dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mengelak didakwa di mahkamah.

Muhammad Shafee merujuk kepada aduan yang dibuat oleh pegawai bank BSI di Singapura, Yap Jiawei, yang didapati bersalah oleh mahkamah di republik itu atas pertuduhan melakukan penipuan dan pengubahan wang haram dikaitkan dengan 1MDB, sama seperti aduan Najib mengapa orang lain yang terlibat dalam skandal 1MBD tidak didakwa di sini.

Muhammad Shafee: Saya katakan kepada anda bahawa anda adalah antara individu paling awal yang sepatutnya didakwa bagi kesalahan ini.

Shahrol Azrol: Saya tidak setuju.

Muhammad Shafee: Adakah anda membuat perjanjian dengan SPRM dan pendakwaan bahawa anda akan menyanyi (seperti seekor burung) di sini dan anda tidak akan didakwa?

Advertisement

Shahrol Azrol: Tidak.

Muhammad Shafee: Saya katakan kepada anda bahawa anda telah membuat perjanjian dengan pendakwaan.

Shahrol Azral: Saya tidak setuju.

Muhammad Shafee: Ada tak sesiapa yang telah menyaman anda kerana kecuaian?

Shahrol Azral: Tidak ada.

Advertisement

Muhammad Shafee: Itu pun sebab perjanjian telah dibuat maka anda tidak akan didakwa jika anda membabitkan anak guam saya.

Shahrol Azral: Saya tidak setuju.

Saksi itu juga berkata beliau tidak tahu mengenai kes seorang lagi pegawai bank BSI yang dihukum oleh mahkamah di Singapura membabitkan pertuduhan sama iaitu Yak Yew Chee, yang merupakan pegawai bank peribadi bapa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low.

Pada awal prosiding hari ini, Muhammad Shafee memaklumkan mahkamah bahawa jadual anak guamnya penuh dengan program di Chini, Pahang yang bermula hari ini sehingga pilihan raya kecil bagi Dewan Undangan Negeri kawasan itu berlangsung pada Sabtu.

“Saya ingin meminta kebenaran Yang Arif agar membatalkan perbicaraan esok,” kata Muhammad Shafee.

Advertisement

Hakim Collin Lawrence Sequerah menyoal sama ada Najib boleh hadir ke mahkamah untuk sesi perbicaraan separuh hari esok namun Muhammad Shafee berkata anak guamnya mendapati perkara itu adalah “mustahil” dilakukan kerana beliau terikat dengan program penuh.

Hakim membenarkan permintaan itu dan menetapkan 15 Julai untuk meneruskan perbicaraan.

– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel