Connect with us

Berita Lain

Minta orang ramai salur maklumat, Jabatan Imigresen cari warga asing muncul dalam dokumentari Al-Jazeera bernama Rayhan Kabir

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mencari lelaki warganegara Bangladesh yang muncul dalam dokumentari Al-Jazeera baru-baru ini.

Menerusi kenyataan media jabatan berkenaan, mereka meminta orang ramai memberikan maklumat lelaki warga Bangladesh berkenaan.

“Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memohon orang ramai membantu memberikan maklumat seorang lelaki warganegara Bangladesh bernama Md Rayhan Kabir, nombor pasport BW0974403 berumur 25 tahun.

Loading…

“Alamat terakhir beliau adalah Sirhan Legacy Sdn Bhd, B-7-9 Menara Uncang Emas, No 85 Jalan Loke Yew, 55200, Kuala Lumpur bagi tujuan membantu siasatan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

Advertisement

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi Penolong Pengarah Imigresen (PPI) Nurulmasha Nazlinan Bin Hussin, Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia, Putrajaya di talian 03-88801298 / 1294 pada waktu pejabat atau Bilik Gerakan 03-88801555 selepas waktu pejabat.”

Terdahulu, dalam video dokumentari Al-Jazeera bertajuk ‘Lock Up in Malaysia’s Lockdown’, pemuda berkenaan antara lain mendakwa kerajaan melayan migran seperti haiwan.

“Kita layan mereka seperti haiwan. Ini bukan cara melayan pekerja migran. Ini bukan cara melayan manusia,” dakwanya dalam dokumentari tersebut pada minit 0.38.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairil Dzaimee Daud berkata, pas warga asing boleh dibatalkan dan diminta keluar dari negara ini serta-merta jika didapati mengeluarkan kenyataan memburukkan Malaysia.

“Mereka berdepan risiko pembatalan pas dan akan diminta meninggalkan negara ini serta-merta, jika kenyataan berkenaan tidak tepat dan bertujuan memburuk-burukkan imej Malaysia,” katanya seperti dilapor Bernama.

Sumber: Jabatan Imigresen MalaysiaBernama, SiakapKeli

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel