Connect with us

Terkini

Polis mulakan siasatan terhadap laporan Al-Jazeera

Polis memulakan siasatan berhubung laporan agensi berita antarabangsa Al Jazeera yang didakwa berniat memburukkan imej Malaysia menerusi dokumentari mengenai cara negara ini mengendalikan pendatang tanpa izin dalam usaha mengekang penularan COVID-19.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman DCP Mior Faridalathrash Wahid berkata pihaknya menjalankan siasatan susulan laporan yang dibuat Jabatan Imigresen di Balai Polis Presint 7 Putrajaya.

Loading…

“Kita telah buka kertas siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Siasatan dijalankan polis kontinjen Kuala Lumpur.

Advertisement

Beliau berkata pihaknya turut menerima laporan yang dibuat oleh seorang wanita berhubung isu sama di Putrajaya pada kira-kira 9 pagi tadi.

Mior Faridalathrash berkata pengadu membuat laporan selepas menonton video dokumentari itu di laman YouTube dan keterangannya telah diambil.

Al Jazeera sebelum ini menyiarkan dokumentari bertajuk ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ berdurasi 25 minit 50 saat yang mengecam layanan terhadap pendatang tanpa izin ketika Malaysia melaksanakan langkah menangani COVID-19.

Bernama hari ini melaporkan Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata laporan yang dikeluarkan agensi berita tersebut yang mendakwa Malaysia melakukan diskriminasi terhadap pendatang tanpa izin adalah tidak tepat dan siasatan lanjut sedang dijalankan PDRM.

Terdahulu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu agensi berita antarabangsa itu memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana menyiarkan fakta tidak benar dan mengelirukan.

— BERNAMA

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel