Connect with us

Terkini

UMNO, PAS sokong Muhyiddin calon PM PRU-15

UMNO dan PAS bersetuju untuk terus memberi sokongan kepada Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Loading…

Setiausaha Agung Bersama Sekretariat Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa berkata perkara itu telah dibincangkan dalam mesyuarat bersama UMNO-PAS, dua minggu lalu.

Advertisement

Beliau berkata, mesyuarat bersama pemandu MN antara UMNO dan PAS di peringkat jawatankuasa bersetuju untuk terus memberikan sokongan kepada Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dan beliau (Muhyiddin) juga merupakan anggota kepada gabungan Perikatan Nasional (PN).

“… memang betul apa yang disebut oleh Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) itu. Ia adalah perkara yang telah dibincangkan bersama. Jadi, pendirian UMNO dan PAS dalam soal ini adalah sama dan saya dapat mengesahkannya,” katanya yang mengulas kenyataan Abdul Hadi dalam hantaran di Facebook rasminya, hari ini.

Annuar berkata demikian dalam sidang media selepas program penyerahan surat tawaran permit sementara waktu terhad Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) kepada 80 penjaja di Setapak Indah, di sini, hari ini.

Annuar, yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), berkata keputusan itu akan dibawa ke saluran parti masing-masing untuk perbincangan lanjut..

— BERNAMA

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel