Connect with us

Terkini

[Video] Ismail Sabri ucap terima kasih lepada seluruh rakyat Malaysia yang bersatu menentang tindakan Stesen TV Al Jazeera

Baru-baru ini, rakyat Malaysia digemparkan dengan satu video dokumentari terbitan saluran berita  Al Jazeera dalam rancangan 101 East yang mendakwa Malaysia berlaku kejam terhadap Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Loading…

Hal ini telah mendapat perhatian seluruh pemimpin negara termasuklah Menteri Kanan Keselematan Negara, Datuk Seri Ismail Sabri yang kesal dengan tindakan media antarabangsa itu yang didakwa cuba mengambil kesempatan dan memfitnah tindakan Malaysia terhadap isu PATI sepanjang tempoh tersebut.

Menerusi laman rasmi Twitternya hari ini, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang bekerjasama menentang tindakan stesen TV tersebut.

“Terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang bersatu menentang tindakan stesen TV Al Jazeera yang memfitnah Malaysia di dalam mengendalikan PATI sewaktu PKP.”

Sumber: Datuk Seri Ismail Sabri / SiakapKeli

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel