Connect with us

Terkini

Video & foto keadaan tempat kejadian selepas letupan kuat di Lubnan

Seramai 73 orang terbunuh dan 3,700 lagi cedera dalam dua letupan yang menggegarkan Beirut semalam, kata Kementerian Kesihatan Lebanon.

Letupan itu menyebabkan beberapa buah bangunan bergoyang dan kepulan asap menjulang ke langit.

Media-media Lebanon turut menyiarkan imej mangsa-mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan dengan sebahagiannya berlumuran darah.

Setakat ini, punca kejadian masih tidak diketahui.

Advertisement

Satu sumber keselamatan mengesahkan dua letupan berlaku dan menggegarkan kawasan pelabuhan di sekitar bandar raya Lebanon itu.

Ketua keselamatan dalam negeri negara itu, Abbas Ibrahim berkata, satu letupan besar berlaku di bahagian yang menempatkan bahan letupan berkuasa tinggi.

Seorang koresponden AFP yang berada di tempat kejadian berkata, setiap kedai di Hamra iaitu sebuah pusat komersial mengalami kerosakan besar termasuk sejumlah kereta.

Menurutnya, asap hitam turut menyelubungi kawasan pelabuhan itu.

Letupan kuat itu juga dapat dirasai di seluruh bandar raya itu dan bekalan elektrik terputus di beberapa buah daerah.

Advertisement

“Bangunan-bangunan bergoyang,” menurut seorang penduduk menerusi Twitter.

Mangsa-mangsa yang cedera pula sedang berjalan di kawasan itu.


Sementara itu, mangsa-mangsa yang berlumuran darah termasuk kanak-kanak mendapatkan rawatan di luar Pusat Perubatan Clemenceau.

Presiden Lebanon, Michel Aoun mendesak supaya satu mesyuarat pertahanan kebangsaan diadakan dengan segera manakala Perdana Menteri, Hassan Diab mengisytiharkan Rabu sebagai hari berkabung. – Agensi

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel