Connect with us

Terkini

“Awak tak comel”- Wanita ajar lelaki Korea cetus gelak tawa warganet!

Bagi peminat Kdrama, anda pastinya pernah mengimpikan untuk melancong ke negara tersebut kerana ingin merasai sendiri bagaimana pengalaman ketika berada disana. Ada juga yang turut mengimpikan untuk menyambung pelajaran di salah sebuah universiti di negara terbabit bagi merealisasikan impian tersebut.

Tidak terkecuali dengan seorang wanita yang dikenali sebagai @jpbrinx yang telah menyambung pelajarannya di Seoul, Korea sejak beberapa tahun yang lalu. Sejak daripada itu, dia telah memiliki ramai kawan berbangsa Korea yang sangat ramah dengan dirinya.


Baru-baru ini, tular sebuah video dimana dia sedang mengajar seorang lelaki Korea menggunakan Bahasa Melayu di dalam sebuah restoran. Pada mulanya, wanita yang bernama Sabrina itu mengajar lelaki berkenaan menggunakan ayat “Awak comel” dalam Bahasa Melayu.

Namun selepas itu, lelaki berkenaan bertanyakan pula mengenai ayat “Awak tak comel” dalam bahasa tersebut dan ternyata wanita itu turut mengajarnya. Tidak berapa lama kemudian mereka pula bergaduh manja disebabkan lelaki tersebut mengusiknya.

Rata-rata warga netizen berasa terhibur dengan gelagat mereka berdua selain daripada memuji kecomelan Sabrina dan lelaki tersebut. Posting itu meraih perhatian warga netizen terutamanya peminat kdrama untuk menonton video berkenaan sehingga habis.

“Comel plus terhibur”.

Advertisement


korea

“Aku sorang jeke yang sengih macam kerang busuk”.

korea

“Ini sepatutnya kita tapi saya belajar dekat Malaysia dan awak pun tak wujud…”

korea

“Fakta yang saya faham video ni…”

 

Sumber: HCL

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel