Connect with us

Terkini

Anwar sedia pertimbang parti baru Dr Mahathir ke dalam PH, jika diminta

Pakatan Harapan (PH) sedia mempertimbangkan penyertaan parti baharu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai parti komponen dalam gabungan itu.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun berkata, pertimbangan itu akan difikirkan sekiranya bekas



Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu memohon menyertainya.

“Beliau tidak minta pun. Sekiranya beliau minta kita akan mempertimbangkannya. Biar beliau minta dulu,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas sekiranya parti baharu bekas Perdana Menteri itu mahu menyertai PH.

Advertisement

Mengulas mengenai kewajaran penubuhan parti baharu itu katanya, keputusan terbabit adalah hak Dr Mahathir.

“Tun M baru umum hendak tubuh parti baharu, kita tengoklah, kita ikuti (perkembangannya).

“Itu hak dan keputusan beliau (kewajaran penubuhannya)..biarlah. Tidak perlu saya ulas,” katanya.

Anwar berkata, beliau difahamkan parti baharu itu juga tidak akan terikat dengan PH atau Perikatan Nasional (PN).

Advertisement

“Ya, saya dengar bebas (parti baharu Dr Mahathir), tetapi saya ada dengar untuk Pilihan Raya Kecil Slim, beliau minta bekerjasama dengan PH. Kita tengoklah macam mana,” katanya selepas menghadiri Majlis Jelajah Presiden ke Selangor 2020 di Dewan Megawati, Kediaman Rasmi Menteri Besar, di sini malam tadi.

Yang turut hadir, Pengerusi PKR Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari; Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar dan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr Xavier Jayakumar.

Semalam, BH melaporkan Dr Mahathir mengumumkan penubuhan parti baharu yang berasaskan perjuangan membela Melayu.

Dr Mahathir juga optimis parti baharu ditubuhkannya boleh menjadi blok penentu kepada kemenangan PN dan PH dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Beliau berkata, biarpun parti itu tidak akan bertanding di banyak kerusi, namun bilangan yang ada sudah mencukupi dan mampu menang.

Advertisement

Sumber: Berita Harian

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel