Connect with us

Jenayah

Lelaki pukul penghantar makanan direman empat hari

Foodpanda pukul alma

Lelaki yang memukul penghantar makanan sebuah syarikat penghantaran terkenal dalam kejadian di Alma, di Bukit Mertajam, Pulau Pinang yang pergaduhan tersebut turut menjadi tular di media sosial Facebook, dua hari lalu, direman selama empat hari bagi membantu siasatan kes itu.



Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah SPT ACP Shafee Abd Samad berkata lelaki berusia 33 tahun dan merupakan pelajar sebuah kolej swasta itu ditahan di sebuah hotel di sini pada jam 7.22 malam semalam.

“Polis telah mendapat perintah reman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes tersebut, kami masih menjalankan siasatan lanjut termasuk punca suspek bertindak sedemikian,” katanya di Bukit Mertajam, hari ini.

Advertisement


Katanya, polis juga akan merekodkan keterangan mangsa dan pemilik rumah inap desa yang disewa lelaki itu bagi membantu siasatan kes tersebut.

Beliau berkata polis menjalankan siasatan kes berkenaan menurut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan dan 506 Kanun Keseksaan iaitu ugutan jenayah.

Khamis lalu, polis menjalankan siasatan kes itu selepas pihaknya menerima laporan daripada mangsa iaitu penghantar makanan berumur 34 tahun yang cedera dipukul suspek dalam kejadian jam 11.05 pagi di sebuah inap desa disewa pelanggan tersebut.

-Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel