Connect with us

Terkini

Timbalan ketua bahagian, 22 AJK Bersatu Langkawi keluar parti

Timbalan Ketua Bersatu Langkawi Shukor Bahari mengumumkan peletakan jawatannya dan keluar dari parti tersebut, berkuat kuasa serta-merta hari ini.

Turut meletakkan jawatan dan meninggalkan parti itu ialah 22 daripada 25 ahli jawatankuasa Bersatu bahagian berkenaan.

Shukor berkata susulan pengumuman itu, sebanyak 16 cawangan Bersatu Langkawi yang melibatkan lebih 4,900 ahli turut terbubar secara automatik.

Advertisement



“Kami ahli Bersatu Langkawi, atas dasar dan sejajar dengan matlamat perjuangan untuk menghapuskan salah guna kuasa, rasuah (kleptokrasi) dan demi membina kemakmuran Malaysia yang mengutamakan agama, bangsa dan negara adalah dengan ini kami bersama sepakat untuk meletakkan segala jawatan di dalam parti Bersatu.

“Kami dengan rela hati tanpa ada paksaan mengisytiharkan keluar dari parti berkuat kuasa serta-merta,” kata dalam sidang media khas di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Langkawi di Langkawi sebentar tadi.

Hadir bersama ialah Puteri Fataharyati Harun (setiausaha), Zamre Yahya (ketua penerangan) dan Azlina Mansor (ketua Srikandi).

– Bernama

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel