Connect with us

Terkini

Peguam calon bebas wakili kumpulan penyokong Tun Mahathir

Kumpulan penyokong bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menamakan seorang peguam sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, hujung bulan ini.

Pengumuman dan pengenalan Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, 38, sebagai calon yang akan bertanding atas tiket Bebas itu dibuat dalam satu majlis di sini, malam ini yang turut dihadiri Dr Mahathir.



PRK DUN Slim akan diadakan pada 29 Ogos ini berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib pada 15 Julai lepas.

Amir Khusyairi, peguam syarie dan juga peguam bela merupakan anak jati Perak, mempunyai Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia serta fasih dalam tiga bahasa termasuk bahasa Arab.

Advertisement

Beliau mempunyai lima orang anak manakala isterinya Dr Nur Aainaa Othman merupakan doktor pakar radiologi di Hospital Teluk Intan serta doktor pakar jemputan di Hospital Slim River.

Terdahulu, petang tadi Barisan Nasional (BN) menamakan Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim, Mohd Zaidi Aziz sebagai calonnya dalam PRK DUN Slim.

Semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Allahyarham Mohd Khusairi yang bertanding mewakili BN menang dengan majoriti 2,183 undi menewaskan calon Bersatu yang bertanding atas tiket PKR, Mohd Amran Ibrahim dan calon PAS, Muhammad Zulfadli Zainal.

Perak mempunyai 59 kerusi DUN dan daripada jumlah itu 32 membentuk Perikatan Nasional terdiri daripada 25 BN yang kesemuanya UMNO, Bersatu (empat), PAS (tiga) manakala DAP (16), Amanah (lima), PKR (tiga), Bebas (dua) serta Gerakan (satu).

Advertisement

— BERNAMA

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel